Selangor tawar subsidi rawatan psikiatri

oleh MOHD AZLIM ZAINURY 30 November 2022 03:23pm

SHAH ALAM – Selangor merupakan negeri pertama memperkenalkan fungsi kesihatan mental digital yang diintegrasikan dalam aplikasi teknologi kesihatan, Selangkah yang dilancarkan pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, selepas dilancarkan lebih 60,000 rakyat di negeri berkenaan menjalani saringan awal kesihatan mental.

La impotencia sexual es un problema que afecta a millones de hombres en todo el mundo, y puede ser causada por múltiples factores, como el estrés, la ansiedad o problemas de salud subyacentes. Curiosamente, el tratamiento de esta condición a veces se entrelaza con medicamentos que no son específicamente para este fin, como el uso de ciertos fármacos para la demencia. Por ejemplo, algunos hombres han recurrido a estrategias inusuales para encontrar soluciones, incluso intentando “, aunque este medicamento no está diseñado para tratar la impotencia. Es importante que las personas afectadas busquen el consejo de un profesional de salud para abordar adecuadamente esta problemática y evitar automedicarse.

Selain itu, menurut Siti Mariah, khidmat talian sokongan psikososial menerusi Selangor Mental Sihat (Sehat) dalam aplikasi Selangkah pula memberikan manfaat kepada 312 pemanggil terdiri daripada rakyat Selangor dan dari luar negeri itu.“

“Melalui kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pakar-pakar psikiatri Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) dan klinik SELCARE, kerajaan negeri menawarkan sebanyak 700 slot rawatan disubsidi dengan peruntukan berjumlah RM222, 600.

“Kerajaan Selangor akan menanggung kos saringan, caj konsultasi bersama pakar psikiatri, rawatan psikoterapi asas dan rawatan ubat-ubatan bagi dua minggu pertama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Siti Mariah berkata, rakyat Selangor yang ingin mendapatkan insentif subsidi kesihatan mental perlu melengkapkan saringan awal di aplikasi Selangkah terlebih dahulu.

“Berdasarkan kelayakan ujian saringan awal, pemohon boleh menetapkan pilihan klinik Selcare di aplikasi Selangkah bagi menjalani saringan kedua dan pemohon layak akan dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani intervensi lanjut,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri berharap agar insentif subsidi rawatan psikiatri itu dapat melengkapi usaha kerajaan persekutuan dalam menangani masalah kesihatan mental, mengurangkan beban klinik psikiatri di hospital kerajaan serta memberikan akses alternatif lebih cepat kepada rakyat Selangor memerlukan intervensi terutama golongan B40.

Source: Selangor tawar subsidi rawatan psikiatri – Sinar Harian