Interest

MENJELANG SAMBUTAN 40 TAHUN UIAM, 40 IDEA UNTUK KOMUNITI

Majlis Pra-Pelancaran sambutan 40 tahun UIAM.

Kuantan, 24 Januari – -Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menyambut sambutan ulang tahunnya yang ke-40 pada Mei 2023. Oleh itu, diadakan majlis Pra-Pelancaran sambutan tersebut yang berlangsung di UIAM Kampus Kuantan.

Majlis Pra-Pelancaran ini dilancarkan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ketika majlis perhimpunan warga UIAM.

Pra-Pelancaran ulang tahun ini adalah sebagai pemula atau “kick off” kepada program-program yang akan dirancangkan sepanjang sambutan 40 tahun.

Gimik pelancaran dirasmikan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli ketika ditemui, sambutan 40 tahun ini sangat bermakna buat keluarga UIAM dan juga alumni mereka kerana angka 40 memiliki maksud yang mendalam dalam Islam.

“40 tahun adalah usia umur yang keramat untuk kita dan di antaranya yang paling penting adalah, Rasullulah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu Baginda yang pertama ketika berumur 40 tahun. Dan wahyu yang diterima menjadi pegangan umat Islam sejagat”. Beliau berkata.

“Dengan mengambil semangat tersebut, UIAM akan terus melebarkan sayapnya sebagai salah sebuah Universiti Islam Antarabangsa dengan menjadi gerbang Ilmu kepada peringkat dunia sebagai pusat rujukan pakar didalam dan diluar dunia Islam. Ia juga bertepatan dengan tujuan penubuhan UIAM melalui Khalifah, Amanah, Iqra dan Rahmatan Lil Alamin.” Tambahnya lagi.

Rektor UIAM membentangkan 40 Projek atau Idea bersempena dengan sambutan UIAM ke 40 tahun.

Pelbagai program telah dirancang dan diatur sepanjang lebih setahun sambutan ulang tahun yang bermula 24 Januari 2022 hingga 23 Mei 2023.

Sehubungan dengan itu, UIAM juga akan merancang 40 projek dan melaksanakannya bersempena dengan sambutan ini yang akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat terutama di sekitar kampus UIAM yang terletak di Gombak, Kuantan, Gambang, Pagoh dan Kuala Lumpur.

Apa yang diharapkan agar, seluruh warga UIAM dan alumninya akan turut sama meraikan sambutan ulang tahun ini dengan memberikan semula ia kepada komuniti yang bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi pengalaman dan perjalanan yang boleh memberikan manfaat kepada semua.

###