Interest

UIAM HASILKAN KAPSUL IKLAN TELEVISYEN PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Universiti  Islam Antarabangsa  Malaysia (UIAM)  dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(KKMM) telah menerbitkan kapsul pesanan khidmat masyarakat berkenaan dengan penjagaan kesihatan Covid-19 sebagai panduan untuk murid-murid sekolah.

Penerbitan kapsul tersebut dihasilkan secara bersiri dan diterbitkan di saluran Radio Televisyen Malaysia(RTM) dalam bentuk iklan.

Setiap kapsul yang dihasilkan banyak memberikan penerangan, pesanan dan kesedaran mengenai penjagaan keselamatan dan kesihatan diri di sekolah berkenaan dengan Covid-19.

Antara yang ditekankan ialah pematuhan produser operasi standard(SOP) disekolah, pemantauan kesihatan dari rumah, aktiviti sewaktu rehat dan kesedaran mengenai bagaimana sekiranya langkah yang perlu diambil jika murid mengalami masalah kesihatan atau tidak sihat.

Selain itu, perihal berkenaan dengan kesihatan mental juga menjadi salah satu tajuk dalam penghasilan kapsul iklan tersebut. Dengan penularan pandemik Covid-19 dan sekarang bencana banjir ini, sudah semestinya sokongan terhadap mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan juga perlu diambilkira.

Kapsul iklan ini dihasilkan melalui kolaboratif beberapa kulliyyah dan pejabat. Antara yang terlibat ialah Kulliyyah Perubatan(KOM), Kulliyyah Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar(KAED), Pejabat Strategi dan Perubahan Institusi(OSIC) dan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi(OCAP).

Untuk episod yang pertama, RTM melalui saluran TV1 sudah pun mula menerbitkan iklan kapsul tersebut bersempena dengan pembukaan semester baharu sekolah.

Hasil daripada beberapa perbincangan, iklan kapsul tersebut juga akan dimainkan di beberapa saluran televisyen yang ada di Malaysia. Kapsul iklan tersebut juga boleh di tonton dan dikongsi melalui saluran-saluran media sosial rasmi UIAM.

###